Mind ini bolehlah diistilahkan sebagai fikiran kerana fikiran itu bersangkutan dengan mind. Mind ini ada beberapa peringkat. Peringkat-peringkat itu ialah seperti berikut: 1. Peringkat Sedar (conscious level) 2. Peringkat Bawah Sedar yang mengawal badan (subconscious body control level) 3. Peringkat Ingatan (memory level) 4. Peringkat Kuasa Kreatif (creative power level) 5. Peringkat Kuasa Menyembuhkan (healing power level) 6. Peringkat Intuisi (intuitive level) 7. Peringkat Kesedaran Semesta Raya (cosmic consciousness level) Ini hanya menurut pendapat seorang pakar Amerika yang bernama Harold Sherman. Mungkin lain orang, lain pula peringkat yang diberinya. |
1. Peringkat Sedar: Ini ialah lapangan di mana ianya terhad oleh daya pancaindera anda saja. Bidang ini ialah di mana anda berhubung dengan dunia luar yang nyata. Ia sentiasa menghantar gambaran-gambaran mental segala sesuatu yang terjadi kepada anda dan perasaan dari kejadian itu, masuk ke dalam Peringkat Bawah Sedar. |
2. Peringkat Bawah Sedar yang mengawal badan: Bidang ini mengawal semua organ badan anda seperti hati, limpa, perut, buah pinggang dan sebagainya. Dengan sendirinya bidang ini bekerja tanpa anda mengawalnya, secara sedar, tetapi dengan perasaan dan emosi yang merosakkan seperti takut, benci, risau dan sebagainya, ia boleh mengganggu tugas-tugas bawah sedar ini. |
3. Peringkat Ingatan : Ini ialah tempat menyimpan semua gambaran atau lintasan pengalaman anda di alam dunia nyata ini yang diterima daripada pancaindera anda. Gambaran ini berupa bayangan atau gambaran mental dan setiap gambaran itu berkaitan pula dengan perasaan anda pada masa itu, sama ada baik atau buruk. Ingatan ini boleh ditimbulkan dengan permintaan akal sedar(conscious mind) anda itu. |
4. Peringkat Kuasa Kreatif : Mempunyai kuasa menarik kepada anda keadaan-keadaan, suasana-suasana, sumber-sumber dan peluang-peluang, bahkan orang yang anda perlukan, untuk membawa kepada anda segala apa yang anda perlukan dalam hidup ini. Pendeknya peringkat ini adalah ibarat magnet yang boleh menarik kepada anda apa yang anda gambarkan dalam fikiran anda dengan perasaan yang kuat. |
5. Peringkat Kuasa Menyembuh: Ia adalah tenaga yang membuat anda sihat dan juga yang menyembuhkan anda dari penyakit. Kuasa ini boleh anda timbulkan bila anda memohon supaya disembuhkan penyakit anda atau bila anda gambarkan dalam fikiran anda bahawa anda sihat, kuat dan sembuh dari penyakit. |
6. Peringkat Intuisi: Ia mengandungi daya pandangan melampaui pancaindera (extra sensory perception). Daya ini tidak terbatas oleh ruang dan waktu. Daya ini melampaui daya pancaindera anda yang biasa. daya ini bekerja melalui peringkat sedar dalam bentuk apa yang dinamakan intuisi (ilham). Dengan daya ini, anda akan menerima ilham atau intuisi. |
7. Peringkat Kesedaran Semesta Raya (atau kesedaran kosmik) : Peringkat ini terletak pada diri anda yang paling dalam. Peringkat ini adalah penyambung anda dengan "Yang Tidak Terbatas" itu. Kadang-kadang pada peringkat ini ada kemungkinan anda akan merasai diri anda melampaui diri jasmani anda ini. Seolah-olah anda masuk ke satu pengalaman yang maha tinggi dan suci. Apabila anda boleh mententeramkan (relax) badan jasmani anda itu dan membiarkan akal sedar anda berehat dan tidak bergiat, dan anda halakan pandangan anda ke dalam diri anda yang paling dalam, anda boleh dalam keadaan tenteram ini, berhubung dengan apa yang dinamakan "Kehadiran Illahi" (God Presence) atau kesedaran ketuhanan (God Consciousness). Dari peringkat inilah datang mengalirnya ilham dan cahaya makrifat yang sebenarnya. Orang-orang kerohanian dan mistik menghubungkan diri mereka kepada peringkat kesedaran yang paling tinggi ini. |
Anda boleh bayangkan diri anda itu dalam tujuh lingkaran. Lingkaran yang paling dalam ialah kesedaran semesta raya itu. Kemudian di luar lingkaran itu ialah lingkaran peringkat intuisi, dan di luar itu pula ialah peringkat kuasa menyembuhkan dan begitulah seterusnya. Lingkaran yang paling luar ialah peringkat sedar. Inilah ibaratnya diri anda itu. |
dipetik dari buku Tenaga Jiwa oleh Abdul Majid Haji Khatib, terbitan Pustaka Imu Raya, Kuala Lumpur, 1981. |
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan / memperkuatkan tenaga Minds ini? Anda akan memperolehinya nanti, di episod yang akan datang ataupun menghubungi webmaster ini. |